KH. ABDUL KARIM JAMAK DAN PEMIKIRANNYA TENTANG KONSEP KETUHANAN
Abdul Karim Jamak merupakan seorang ulama tersohor, yang telah berjuang dengan aktifiti dakwahnya mengajak masyarakat muslim di Kerinci untuk mengamalkan ajaran Islam sesuai dengan syariat Nabi Muhammad Saw. Dari konsep pemikirannya tentang Ketuhanan, Abdul Karim Jamak adalah menganut pemikiran Asya’irah, berasaskan kepada al-Qur’an dan hadis Rasulullah Saw. Ajaran Ketuhanannya yang telah difahami dan diamalkan pun telah memberi implikasi kepada murid-murid beliau dan masyarakat muslim Kerinci.
Buku ini mengkaji ‘Abdul Karim Jamak dan Pemikirannya tentang Konsep Ketuhanan’ menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif (qualitative research) dengan melalui dua pendekatan iaitu pendekatan sejarah (Historical approach) dan pendekatan teori Islam (Islamic theory approach). Tujuannya yang utama adalah untuk mengkaji dan meneliti biografi Abdul Karim Jamak dan Pemikirannya tentang Konsep Ketuhanan. Yang secara terperinci membicarakan tentang, Sifat Allah, konsep Perbuatan Tuhan serta Qada dan Qadar. Penulis memilih tokoh ini sebagai objek kajian karena beliau adalah tokoh terkemuka di Indonesia, kemudian mengadakan Analisa perbandingan sebagai sebuah penyelidikan komperatif.